Remaja Perempuan Hilang Lepas Hantar Baju Kepada Rakan

Remaja Perempuan Hilang Lepas Hantar Baju Kepada Rakan

LIPIS: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang setelah dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Tanjong Besar, Kuala Kenong, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, Siti Norfatimah Md Idin dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 9 pagi 25 Mei untuk menghantar baju kepada rakan di stesen kereta api Batu 9.

Dia kemudiannya tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Menurut Azli, remaja berkenaan dipercayai dilihat kali terakhir oleh bapa saudaranya bernama Ahmad Man yang tinggal berdekatan rumah mangsa.

“Menerusi aduan yang kita terima, mangsa telah dihantar oleh bapa saudaranya itu ke stesen kereta api Batu 9 kerana hendak menghantar baju kepada rakannya.

“Setelah tiba di stesen kereta api itu, Siti Norfatimah meminta Ahmad pulang dahulu ke rumah sambil memberitahu, bapanya akan datang menjemputnya kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Azli berkata, berikutan anaknya tidak pulang ke rumah menjelang malam, bapa remaja terbabit, Md Idin Man, seorang penoreh getah, bertindak membuat laporan polis semalam.

“Menyedari Siti Norfatimah tidak pulang menjelang malam, bapanya mula mencari di merata tempat dengan bantuan penduduk Kuala Kenong, termasuk bertanyakan kepada rakannya.

“Kemudian, setelah usaha mencari gagal, bapanya membuat aduan polis. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang. Polis telah membuka kertas siasatan untuk menjejaki remaja tersebut,” ujarnya.

Orang ramai yang melihat atau menemui remaja perempuan itu diminta menyalurkan maklumat ke IPD Lipis menerusi talian 09 3122222 (Inspektor Muhammad Faiz Arif Pauzi) atau mana-mana balai polis berhampiran.-AA

Remaja Perempuan Hilang Lepas Hantar Baju Kepada Rakan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker