Pelajar Tingkatan 5 Ditemukan Lemas Dalam Kolam Terbiar

Pelajar Tingkatan 5 Ditemukan Lemas Dalam Kolam Terbiar

ALOR SETAR: Pelajar tingkatan 5 yang hilang sejak petang semalam ditemukan lemas dalam kolam terbiar dekat Mergong, malam tadi.

Jasad Muhammad Hadwan Iman Abdul Hadi, 17, ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap di dasar kolam pada jam 10.49 malam.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikatakan datang ke kolam tersebut bersama lima rakan lain kira-kira jam 6 petang.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong itu difahamkan tidak pandai berenang dan dikatakan menaiki tong polisterin yang dijadikan pelampung ketika rakan-rakan lain mandi-manda di kolam terbabit.

“Mangsa, daripada maklumat kita terima, tidak pandai berenang. Mangsa telah terjatuh daripada pelampung ataupun polisterin yang digunakan,” kata Ahmad Shukri.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.



Menurut Ahmad Shukri, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, saksi Muhammad Yazid Mohd Marwan, 15, menceritakan saat dia dan rakan lain cuba membantu menyelamatkan mangsa.

Katanya, ketika itu dia melihat mangsa terkapai-kapai sambil menjerit meminta tolong.

“Ketika dia mandi di sini, tak ada masalah. Apabila dia mandi di sana, air jadi macam ‘bocor’, air ‘masuk ke dalam’.



“Semua (rakan) turun nak tolong,” kata Muhammad Yazid.

Namun, lokasi mangsa jatuh terlalu dalam menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik ke tebing, katanya lagi.

Difahamkan mangsa merupakan anak tunggal dan tinggal bersama bapanya di sebuah pangsapuri kira-kira 500 meter dari kolam tersebut.-AA

Pelajar Tingkatan 5 Ditemukan Lemas Dalam Kolam Terbiar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker