PRU15: Saya Calon Terbaik PH Untuk Parlimen Tambun Setakat Ini – Aziz Bari

PRU15: Saya Calon Terbaik PH Untuk Parlimen Tambun Setakat Ini – Aziz Bari

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdul Aziz Bari yakin, setakat ini, beliau ialah calon terbaik Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurutnya, sebagai bekas Exco kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang ketika ini, beliau percaya mempunyai peluang lebih cerah untuk menang.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya menyatakan keinginannya untuk bertanding Parlimen Tambun dan belum ada keputusan muktamad mengenainya.

“Kita kena kemukakan calon yang kalau tak sama, lebih kurang sama dengan yang ada. Kita nak rampas dari mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis hari raya di kediamannya di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, sekiranya diberi peluang sebagai calon Parlimen Tambun, beliau juga berhasrat untuk mempertahankan kerusi DUN Tebing Tinggi yang dimenanginya pada PRU14.

Menurutnya, setakat ini tidak ada rundingan bersama parti komponen PH di Perak bagi membincangkan pembahagian kerusi di negeri itu.

“Jawatankuasa pun tak ada, jadi saya tak pasti apa yang dimaksudkan menganggu proses rundingan,” ujarnya.

Terdahulu, Pemuda Amanah Perak meminta semua pihak dalam PH negeri menghormati mandat diberikan kepada Jawatankuasa Perundingan Kerusi dalam menguruskan hal pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRU15.

Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata, kenyataan terbuka bersifat peribadi harus dielak supaya proses perundingan dihormati dan semua parti dapat menjaga keharmonian dengan membawa apa sahaja isu berkaitan dalam mesyuarat rasmi jawatankuasa tersebut.

Sebelum ini, Abdul Aziz berulang kali secara terbuka menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15.-AA

PRU15: Saya Calon Terbaik PH Untuk Parlimen Tambun Setakat Ini – Aziz Bari

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker