Ladang ganja di Janda Baik didalangi Datuk tumpas

Gambar Hiasan***

BENTONG – Polis berjaya menumpaskan aktiviti penanaman ganja ‘ala ladang’ di pusat peranginan Janda Baik selepas menahan seorang lelaki bergelar Datuk yang juga bekas diplomat bersama anaknya.

Difahamkan suspek yang membeli tanah seluas 3.2 hektar (lapan ekar) di kawasan peranginan di Janda Baik berkenaan telah membina sebuah rumah dan telah menggunakan kira-kira 0.8 hektar (dua ekar) kawasan untuk menanam ganja sejak tujuh tahun lalu.

Namun tindakan suspek yang menyembunyikan kegiatan itu di sebalik gelaran status diri dan kedudukan kawasan rumah yang agak terpencil di dalam hutan di sekitar Kampung Sum Sum Hilir di Janda Baik itu tidak dapat menyembunyikan kegiatan penyalahgunaan dadah itu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang berumur 78 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sum Sum Hilir di Janda Baik pukul 6.10 petang Sabtu lalu.



Katanya, susulan penahanan suspek seorang lagi lelaki berusia 53 tahun yang merupakan anak suspek pertama ditahan di Shah Alam semalam kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

“Hasil pemeriksaan di kawasan sekitar rumah menemukan 68 batang pokok disyaki ganja ditanam di atas tanah manakala sebanyak 34 pokok lagi ditanam dalam plastik semaian di kaki lima rumah.

“Jumlah keseluruhan rampasan disyaki pokok ganja adalah sebanyak 102 batang pokok adalah RM21,600,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di sini hari ini.

Tambahnya berdasarkan pemeriksaan di dalam rumah menemukan dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 1,020 gram dan dua botol kaca setiap satunya berisi minyak ganja sebanyak 60 mililiter dengan nilai keseluruhan RM2,500.



Menurutnya, suspek pertama ditahan reman selama tujuh hari bermula 22 Mei lalu manakala permohonan reman suspek kedua akan dilakukan pada hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker