Penganut Kristian pun dibunuh Zionis di Gaza– Nadir

Penganut Kristian pun dibunuh Zionis di Gaza– Nadir

Rakyat Malaysia khususnya bukan Islam diingatkan bahawa umat Islam menyokong dan menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin bukan kerana faktor geopolitik dan sejarah semata-mata.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, sebaliknya umat Islam diajar untuk mempertahankan mana-mana pihak tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.



Beliau berkata, Islam mengajar umatnya untuk menyokong semua pihak yang dizalimi, disakiti dan mana-mana tindakan penindasan, lebih-lebih lagi penjajahan zaman moden ketika ini.

“Hari ini kita tak menyokong Palestin kerana ia Palestin semata-mata, tetapi kerana ia dijajah, dizalimi, kerana orang-orang di sana dibunuh.

“Kristian pun diajar perkara sama juga, bagi orang Kristian yang menolak isu Palestin, tak nak campur isu Palestin, kena faham isu Palestin di bumi Gaza bukan sahaja orang Palestin itu orang Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Suara Malaysia Untuk Palestin anjuran MalaysiaGazette dengan kerjasama Datumcorp International Sdn Bhd di Datum Jelatek Shopping Centre, di sini, malam ini.



Tambah beliau, serangan ketenteraan ke atas Gaza bukan sahaja melibatkan umat Islam, bahkan penganut agama lain turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai termasuk Kristian.

“Ada 1,000 orang Palestin beragama Kristian yang turut dijajah, turut dibedil, yang turut dibunuh.

“Gereja-gereja kalian juga sedang dibom di bumi Gaza ketika ini, boleh lihat di media sosial, boleh cari gereja-gereja kalian, gereja ketiga tertua di dunia telah dibom.

“Minggu lepas gereja ortodok, tempat pelarian-pelarian Palestin beragama Kristian berlindung juga dibom,” katanya.



Katanya, isu Palestin merentasi isu geopolitik dan sejarah semata-mata kerana penganut Kristian sendiri dihalang daripada memasuki tempat suci Kristian.

“Kalian boleh baca di West Bank tentang mereka yang duduk di situ, walaupun mereka Kristian, mereka tak boleh sampai ke Jerusalem atau Baitul Maqdis untuk melawat Church of Holy Sepulchre.

“Mereka juga tak boleh pergi ke Betlehem tempat Nabi Isa dilahirkan disebabkan sekatan-sekatan sama yang dikenakan terhadap orang Palestin yang beragama Islam dan beragama Kristian,” katanya. MG

Penganut Kristian pun dibunuh Zionis di Gaza– Nadir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker