Majlis bersama Maria Ozawa bekas aktes filem ‘biru’ dibatalkan

 

JAKARTA – Satu majlis bertemu peminat pelakon filem dewasa Maria Ozawa yang popular di Indonesia dan dijadual berlangsung di Jakarta pada Jun ini terpaksa dibatalkan selepas menerima banyak aduan serta kecaman orang ramai, lapor portal berita Coconuts.

Pelakon wanita tersebut dijadualkan tiba di Jakarta untuk menghadiri majlis makan malam gala di Hotel Four Seasons pada 5 Jun ini.



Ketua bahagian Penyeliaan dan Kawalan di Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta, Iffan berkata, pihak penganjur majlis tidak pernah menghantar permit untuk mengadakan acara tersebut.

Majlis makan malam itu dianjurkan syarikat Repezen Nada Entertainment, yang dimiliki oleh pesohor media sosial dan deejay, Evelin Nada Anjani.

Menurut Pengurus Eksekutif syarikat itu, Michael Prawira, respons negatif yang diterima daripada orang ramai memaksa pihak penaja lokasi majlis untuk membatalkan acaranya.

“Pihak hotel tidak bersetuju (dengan rancangan majlis makan malam) disebabkan respons kurang menyenangkan yang diterima daripada pelbagai pihak.



“Selepas membuat penilaian, kami mendapati bahawa ini bukanlah masa yang sesuai untuk menganjurkan acara seumpama itu,” kata Michael.

Seperti yang dipromosikan dalam posternya,  acara itu dijadualkan berlangsung di Hotel Four Seasons pada 5 Jun ini  dengan kapasiti tetamu hanya 50 orang.

Harga tiket adalah AS$1,020 (RM4,474) tidak termasuk cukai. Ia  membolehkan tetamu makan malam bersama selama dua jam, bersembang dan merakam swafoto dengan aktres tersebut di samping mendapatkan tandatangan dan memorabilia.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan telah digesa agar tidak meluluskan permit penganjuran acara itu kerana ia dilihat akan mencemarkan karier politiknya.



Anies digembar-gemburkan akan menjadi calon bagi pilihan raya Presiden Indonesia pada 2024. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker