Anak pecahkan patung Teletubbies, ibu bapa terpaksa bayar RM30,000 [VIDEO]

Patung Teletubbies kuning ini telah pun berada di kedudukannya sejak November tahun lalu dan tidak menghalang laluan pelanggan. – St Headline

HONG KONG – Ibu bapa seorang kanak-kanak di Hong Kong terpaksa membayar ganti rugi berjumlah 30,000 yuan (RM19,750) kepada sebuah kedai permainan selepas budak lelaki tersebut menjatuhkan sebuah patung Teletubbies yang dipamerkan di premis itu, lapor laman berita St Headline.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedai KK Plus di Mongkok, pelanggan berkenaan telah membayar pampasan bagi patung yang bernilai lebih 50,000 yuan (RM32,919) itu.

Kata kenyataan itu, insiden tersebut telah pun selesai dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Patung itu juga merupakan prototaip bagi cetakan pertama, dan harga rasmi bagi prajualan adalah 52,800 yuan (RM34,765).

Dekorasi itu diletakkan hanya untuk tujuan pameran dan berada di kedudukannya sejak November tahun lalu tanpa mengganggu laluan pelanggan.

Tambah kenyataan sama, memandangkan insiden itu menerima kecaman orang ramai, pihaknya akan mengambil inisiatif untuk menghubungi pelanggan terbabit bagi menjernihkan keadaan.

“Kami juga akan mengambil pengajaran daripada insiden ini bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa daripada berulang,” ujarnya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker