18 anggota polis dibuang kerja – Allaudeen

18 anggota polis dibuang kerja – Allaudeen

Seramai 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan dadah, tidak hadir bertugas dan jenayah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata selain mereka, enam anggota polis turut diturunkan pangkat untuk tempoh yang sama.



“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur juga telah membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh berkenaan.

“Ia merupakan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan tegas berkenaan diambil bagi memastikan standard perkhidmatan polis yang berkualiti dapat disampaikan kepada masyarakat.

“Kegagalan melaksanakan penyeliaan berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis. Saya menuntut kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan,” katanya.



Beliau meminta pemantauan berkenaan dijalankan tanpa pilih kasih, kronisme dan melindungi mana-mana pihak. Utusan

18 anggota polis dibuang kerja – Allaudeen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker