Tak payah sembang banyak, Kita sudah putus ambil semula semua kerusi UMNO

PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata, Umno sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya “milik” parti berkenaan di seluruh negara.

Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nasional (PN) mengajak Umno kembali ke meja rundingan, khususnya berkaitan 13 kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu sebelum ini.

“Pendirian Umno ialah mengambil semula semua ‘kawasan lompat’ itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Tajuddin berkata, keputusan Umno itu tidak bermakna parti itu berhasrat untuk memusnahkan kerajaan PN, seperti dakwaan ketua penerangan gabungan itu Mohamed Azmin Ali yang meminta Umno tidak memusnahkan kerjasama yang dibina sejak setahun lalu.

Jangan terkejut jika UMNO beri sokongan kepada Anwar – Tajuddin

“Saya menafikan sekeras-kerasnya Umno mahu memusnahkan kerajaan PN. Tidak ada tujuan kita untuk memusnahkan. Itu sebab kita kata Umno akan sokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya.

Terdahulu PN mengajak Umno supaya kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi antara punca keretakan kerjasama tersebut.

“Kalau itulah yang menjadi tuntutan mereka, ayuh kita bincang. Jangan kerana 13 kerusi Parlimen ini seluruh kerajaan mahu diruntuhkan,” kata Azmin.

Tajuddin berkata, keputusan untuk mengambil semula semua kawasan milik parti berkenaan bukanlah dibuat secara suka-suka, sebaliknya bertujuan untuk menjaga Umno.

Menurutnya, ini memandangkan terdapat pihak yang mahu menghancurkan Umno di peringkat akar umbi dan atasan dengan menarik ahlinya.

“Kita buat keputusan hendak jaga parti kita. Apabila parti kita terjaga, baru kita boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Kalau parti kita hancur, kita hendak berkhidmat bagaimana? Sekarang ini, apa yang berlaku silap hari bulan, Umno yang akan hancur,” katanya.

Pakatan BN-PH untuk survival Umno, Apa sahaja mungkin berlaku dalam politik – Tajuddin Rahman

Related Articles

One Comment

  1. Tak payah runding la, UMNO lawan PPBM dan PH saja, dengan PAS tak payah, ikut piagam MN.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker