Rogol: Bapa saudara mangsa dipercayai mabuk

SUNGAI PETANI – Polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang merogol anak saudaranya di Bandar Mutiara kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu berada dalam keadaan mabuk ketika perbuatan itu dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan lanjut mengenai dakwaan itu masih dijalankan.

Menurutnya, dalam kejadian itu, lelaki berusia 34 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa melakukan perbuatan terbabit ketika remaja perempuan berusia 15 tahun lapan bulan itu menumpang tidur di rumahnya.



“Turut berada dalam bilik tidur sama ialah ibu saudara (isteri suspek) dan dua orang sepupu mangsa yang berusia tujuh serta lapan tahun.

“Kita percaya pasangan suami isteri itu berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

“Minuman jenis apa tidak pasti tetapi mereka (bapa dan ibu saudara mangsa) dalam keadaan mabuk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu, suspek dikatakan masuk ke bilik tidur sebelum meraba dan merogol mangsa.



Mangsa dikatakan tidak menjerit disebabkan takut dengan tindakan bapa saudaranya.

Isteri suspek yang berada dalam bilik yang sama tidak menyedari perbuatan itu kemungkinan tertidur disebabkan mabuk.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan dirogol ketika menumpang tidur di rumah bapa saudara kerana nenek yang menjaganya pulang ke kampung di Pendang selama dua hari.

Difahamkan, mangsa yang tidak lagi bersekolah tinggal bersama neneknya sejak setahun lalu.



Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker