Adakah Peguam Negara Akan Dakwa Nazlan?



Oleh Nurul Aisyah

KES membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan kes Datuk Dr Tawfiq Ayman, yang juga suami bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedang dalam pemerhatian rakyat. Dua kes berprofil tinggi ini bakal menentukan kredibiliti Peguam Negara dan sistem kehakiman Malaysia yang kini diragui rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan kes Nazlan sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Persoalannya adakah kes tersebut akan jadi kes NFA lagi semata-mata untuk mengikut telunjuk Mahathir yang dikatakan menguasai sistem kehakiman negara?

Kertas siasatan SPRM telah diserahkan pada 18 Mei lalu selepas badan tersebut melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Nazlan.




Kertas siasatan terhadap dibuka selepas SPRM menerima laporan secara rasmi.

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaun Nazlan. Malah Nazlan dikatakan telah menjatuhkan hukuman berdasarkan andaian semata-mata setelah menolak bukti kukuh yang diberi oleh Datuk Seri Najib.

Selain itu, menurut Raja Petra, Nazlan dikatakan membuat kenyataan palsu yang kononnya Datuk Seri Najib menubuhkan SRC untuk mencuri duit sedangkan sebenarnya SRC telah ditubuhkan oleh Maybank dan nama SRC tersebut diberikan sendiri oleh Nazlan.



Leave a Reply

Your email address will not be published.