KJ Terima Duit

Oleh Nurul Aisyah

NEGARA digemparkan dengan pendedahan di Mahkamah Tinggi bahawa catatan “KJ” antara perkataan yang tertera di dalam buku “faraid” Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jika benar KJ menerima duit daripada Zahid, persoalannya, kenapa beliau tidak didakwa?

Sebelum ini para penerima dana derma 1 Malaysia Development (1MDB) telah didakwa walaupun dana tersebut merupakan derma yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi.

Kini SPRM juga mendedahkan perkara tersebut. Presiden UMNO itu menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat untuk pertuduhan tersebut.

Dalam perkara ini, KJ dilihat tidak terjejas sedikit pun walaupun nama beliau dengan jelas tertulis dalam buku yang dikemukakan dalam perbicaraan kes.

Malah KJ menerusi perkongsian di Instagram berkata, “I know I’m hard on you, but you’re still my President, sir. Please know that you’re in my prayers tonight,”.

Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memaklumkan catatan “KJ” antara perkataan yang tertera di dalam buku “faraid” UKSB semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika dirujuk buku faraid tersebut.

Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.

Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Lee boleh mengesahkan bahawa “KJ” yang dinyatakan di dalam lejar tersebut adalah Khairy Jamaluddin, saksi itu menjawab, “Itu saya tidak pasti.”

Ahmad Zaidi: “Saya rasa anda kenal Wan Quoris (Pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) yang pernah bekerja dengan KJ sebelum ini?”

Lee: “Saya tidak begitu pasti beliau bekerja dengan KJ sebelum ini. Tetapi saya tahu beliau (Wan Quoris Shah) kata beliau sangat mengenali KJ.”

Dalam prosiding sebelum ini, Lee dalam pernyataan saksinya berkata bahawa beliau membawa masuk Wan Quoris Shah sebagai pengarah dalam UKSB pada Mei 2013 kerana lelaki itu adalah ahli UMNO dan syarikatnya memerlukan kelebihan inidividu tersebut bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan Ahmad Zahid yang ketika itu Menteri Dalam Negeri.

Saksi pendakwaan ke-15 itu juga bersetuju dengan cadangan Ahmad Zaidi bahawa bayaran yang dibuat kepada menteri dan ahli politik yang dicatatkan dalam buku tersebut adalah sumbangan politik.

Jika dana politik ini dianggap sebagai satu kesalahan maka dana politik DAP dan PKR juga perlu disiasat secara terperinci memandang dana-dana yang diterima oleh parti DAP dan PKR dikatakan jauh lebih besar dan melibatkan pihak-pihak yang mempunyai niat jahat terhadap negara kita. Malah rakyat juga tidak berpuas hati memandangkan hanya Zahid sahaja diheret dalam perkara ini tetapi KJ lepas begitu sahaja.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker