Pendaki Gunung Suku Hilang: Mayat Kedua Ditemui, Operasi SAR Tamat
Pendaki Gunung Suku Hilang: Mayat Kedua Ditemui, Operasi SAR Tamat
IPOH: Pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat mangsa kedua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhammad Shahrizal Aris berkata, setelah mangsa pertama ditemukan pada 16 Mei lalu, kini mangsa kedua ditemui di bawah timbunan lokasi sektor C, iaitu di kawasan terowong berdekatan jalan besar.
Katanya lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh ini membabitkan kekuatan anggota penyelamat seramai 43 orang, dari pelbagai agensi.
“Operasi pencarian diteruskan pada jam 9 pagi. Pada jam 11.20 pagi, unit pengesan (K9) mengesahkan menjumpai mangsa kedua di bawah timbunan di lokasi sektor C, seterusnya kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan.
“Mayat dijumpai dalam keadaan lengkap, cuma ada kecederaan di badan dan kepala. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis pada jam 11.55 pagi untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, identiti mayat hanya boleh disahkan selepas dihantar ke unit forensik bagi tujuan pengecaman.
Operasi yang bermula pada 15 Mei itu tamat sepenuhnya hari ini pada jam 1 tengah hari.
Terdahulu, dua wanita dikenali sebagai See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun, dihanyutkan kepala air semasa mendaki gunung berkenaan pada Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, sekumpulan 29 pendaki gunung mendengar bunyi air dan tanah runtuh dari atas gunung lalu mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kepala air menimpa kumpulan pendaki itu dan dua wanita itu yang berasal dari Cheras dan Klang, Selangor dipercayai dihanyutkan arus deras.
Sebelum ini media melaporkan, pasukan penyelamatan menemukan sebahagian kaki mangsa dan kemudian turut menemukan bahagian anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang daripada pendaki terbabit.
Media turut melaporkan menemui beberapa cebisan pakaian mangsa selain turut menemukan lagi cebisan anggota tubuh badan manusia dipercayai mangsa dua pendaki pada hari sama.-AA
Pendaki Gunung Suku Hilang: Mayat Kedua Ditemui, Operasi SAR Tamat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET