Lelaki Tikam Isteri Curang Dalam Kereta Api

Lelaki Tikam Isteri Curang Dalam Kereta Api

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand dilaporkan menikam isterinya di dalam sebuah kereta api semalam selepas mengesyaki wanita itu curang dengan lelaki lain, lapor laman berita Bangkok Post

Menurut polis, mangsa iaitu Ratchanok Yimsa-ngob, 31, memutuskan untuk tinggal bersama neneknya di daerah Nakhon Ratchasima dan pasangan itu sedang menuju ke sana dengan menaiki kereta api.

Serangan berlaku kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan) di dalam Kereta Api Bangkok-Surin No233 ketika tren itu menghampiri stesen di Lat Bua Khao, kata timbalan ketua siasatan di Sikhiu, Leftenan Nisachon Sawasdeechai.



Ratchanok dan suaminya, Arun Parito dikatakan bergaduh sepanjang perjalanan. Saksi memberitahu polis bahawa Arun kemudian mengeluarkan pisau dari beg isterinya dan menikam mangsa dua kali di belakang dan lehernya.

Mangsa yang mengeluarkan darah kemudian jatuh dari tempat duduknya di hadapan beberapa penumpang lain.

Ratchanok masih sedar ketika anggota penyelamat memberikan pertolongan cemas sebelum memindahkannya ke Hospital Sikhiu untuk mengeluarkan pisau yang ditikam di lehernya.



Polis berkata bahawa suspek akan didakwa atas tuduhan cuba membunuh. Arun dihadapkan ke sebuah makhamah wilayah, manakala mangsa masih kritikal setakat semalam. – Agensi

Lelaki Tikam Isteri Curang Dalam Kereta Api

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker