Apa Nasib Kami Peniaga Ayam Esok ? – Hilmi



Apa Nasib Kami Peniaga Ayam Esok ? – Hilmi

Jasin: “Hari ini bekalan ayam masih ada, esok lusa saya tak berani jamin sebab pembekal biasa dari Bukit Gambir, Muar, beritahu mahu hentikan operasi dua hari mulai esok,” ujar peniaga ayam di Pasar Awam Merlimau, Mohamad Hilmi Mohamad Isa, 49.

Menurutnya, sejak minggu lalu bilangan ayam daging hidup diperolehnya berkurang hampir 20 peratus apabila pembekal mencatu bekalan.

“Biasanya saya tempah 30 bakul berisi 10 ekor ayam. Namun sejak minggu lalu, saya hanya dapat 20 bakul saja.

“Selain itu mereka juga kurangkan bilangan ayam kepada tujuh ekor setiap bakul hingga menjejaskan jualan.




Mengulas lanjut, Mohamad Hilmi berkata, dia kini hanya bergantung kepada satu pembekal ayam hidup tempatan di daerah ini bagi memenuhi permintaan pengguna.

“Selain pembekal dari Bukit Gambir, saya juga dapat bekalan daripada penternak di daerah ini.

Seorang lagi peniaga ayam, Salhanura Abdullah, 70, turut mengakui perkara sama, kerana mendapat bekalan daripada pembekal sama dari Bukit Gambir, Muar, Johor.

“Saya minta 200 tapi dapat 100 ekor ayam saja, mana nak cukup kerana permintaan terhadap daging ayam meningkat musim raya ini kerana ramai orang buat jamuan rumah terbuka.

Tinjauan mendapati, setakat jam 10 pagi tadi, dua gerai masih menjual ayam kepada pelanggan yang datang secara terus.




Sementara itu, keadaan berbeza di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, apabila peniaga mendakwa bekalan ayam standard berkurang 50 peratus.

Peniaga, Shakir Samad, 35, berkata, masalah bekalan ayam standard di negeri ini semakin ketara sejak Khamis lalu apabila pemborong hanya mampu memenuhi separuh daripada pemintaan peniaga di pasar itu.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan hari ini dan esok sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.

Krisis bekalan ayam terus memuncak apabila sebuah ladang ternakan di Merlimau, dekat sini mengeluarkan memo kepada pembekal memaklumkan bekalan ayam akan dihentikan semalam dan hari ini.-HM

Apa Nasib Kami Peniaga Ayam Esok ? – Hilmi




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Leave a Reply

Your email address will not be published.