Disyaki cabul murid, pengawal keselamatan ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengawal keselamatan sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan bagi membantu siasatan kes cabul seorang murid lelaki ketika menyertai program qiamullail bersama rakan lain di surau sekolah berkenaan.

Pengawal keselamatan sementara berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat bapa mangsa.

Mangsa yang berusia 12 tahun menceritakan kejadian pada Khamis lalu itu, sebaik dijemput dari sekolah pada 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Wan Zulfikri Wan Othman berkata, kejadian itu didakwa berlaku pada 12 tengah malam kelmarin di surau itu.

“Pada malam kejadian, mangsa terbabit dengan program qiamullail dan sedang tidur bersama rakan sekolah dalam surau itu ketika didakwa dicabul oleh suspek. Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, suspek dibawa ke mahkamah pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker