Tular lawat pesakit HIV, doktor tampil beri penjelasan



Tangkap layar doktor wanita itu berkenaan penjelasan menyantuni pesakit HIV dan Aids

 

PETALING JAYA- Seorang doktor wanita tampil memberi penjelasan kepada orang ramai selepas gambarnya menyantuni kanak-kanak dijangkiti HIV dan Aids tular di laman media sosial baru-baru ini.

Doktor dikenali sebagai Shasa Aziz itu tampil membuat penjelasan bagi menepis stigma masyarakat yang masih beranggapan bahawa virus HIV boleh berjangkit sekiranya orang ramai menyantuni golongan itu.

Jelas doktor wanita itu, virus tersebut tidak akan berjangkit secara langsung sekiranya tiada luka terbuka sekali gus tidak mendatangkan sebarang masalah jika mahu berjumpa pesakit.

“Ramai yang terkejut tindakan Sha memegang adik Siti yang positif AIDS, pertama sekali, tujuan saya untuk bersedekah selain mahu hadiahkan Gift Box untuk meraikan anak-anak berkenaan, tidak sangka boleh bersua rapat.

“Untuk perkongsian, Sha dah buat pemeriksaan badan dan saya sihat serta tidak ada luka terbuka. Jadi, kita tidak datang bawa sarung tangan kerana HIV dan Aids tidak berjangkit melainkan ada luka terbuka,” katanya menerusi hantaran di Instagram.




Terdahulu, hantaran wanita itu tular di laman media sosial selepas ramai netizen mempersoalkan tindakannya melawat rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV dan Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim).

Katanya, dia turut teruja berjumpa pengasas Pernim, Norlina Alawi selepas menjejakan kaki ke rumah perlindungan itu berikutan menyifatkan wanita itu sebagai berjiwa besar.

“Selepas lancarkan Ola & Oli baru-baru ini, saya selalu fikir cara untuk membuat program sosial, jadi saya cuba menyantuni anak-anak HIV kerena mereka memerlukan makanan tambahan untuk tingkatkan imunisasi badan.

“Macam dalam video, saya sempat berbual dengan pesakit Aids yang kritikal bernama Siti dan Mama Norlina mengambil dia sebagai anak angkat seterusnya mengislamkan dia dan abangnya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.