Isteri diserang gelandangan, lelaki bimbang sukar tuntut keadilan

Jurubahasa mahkamah, Fuza Nordin mengalami pendarahan di mata kanan, hidung retak, lebam di muka, pipi dan dahi.

PETALING JAYA: Suami kepada wanita yang cedera diserang di Klang bimbang isterinya tidak akan mendapat keadilan memandangkan suspek dipercayai gelandangan.

Hemi Mohd berkata, selepas berita mengenai serangan pada 18 Mei itu tular, beratus warganet menyuarakan rasa simpati dan berkongsi maklumat mengenai suspek.

Hidung isterinya, Fuza Nordin retak dan terpaksa menerima lima jahitan. Beliau juga lebam di muka, pipi dan dahi, selain mengalami pendarahan di mata kanannya.

“Beberapa orang memberitahu saya, ini bukan kali pertama suspek menyebabkan gangguan. Dia terlepas kerana dianggap mengalami masalah mental,” katanya.



Hemi berkata, penduduk tempatan biasanya mengelakkan kawasan di sekitar bangunan Centre Point, Klang kerana ia dianggap sering menjadi tempat penagih dadah dan gelandangan.

Fuza, yang juga seorang jurubahasa mahkamah, pergi ke pusat beli-belah itu untuk membaiki telefonnya.

“Sebaik keluar dari keretanya, suspek muncul entah dari mana dan menendangnya dari belakang. Selepas terjatuh, lelaki itu merampas telefon dari tangannya dan memukul kepalanya beberapa kali. Isteri saya sempat menendangnya dan melarikan diri ke arah pusat beli-belah untuk mendapatkan bantuan.”

Menurut laporan China Press, suspek memukul kepala Fuza sebanyak 20 kali dan mencucuk matanya.



Hemi, yang juga jurulatih taekwondo di sebuah akademi persendirian, berkata motif suspek tidak jelas.

“Saya mengajar seni mempertahankan diri. Saya tahu jika seseorang mahu menyamun kamu, mereka tidak akan memukul kamu berkali-kali seperti itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Vijaya Rao berkata, polis masih mengesan suspek dan kes disiasat sebagai cubaan merompak.

Beliau sebelum ini mengesahkan suspek adalah lelaki gelandangan berusia 40-an.



Seorang pekerja kedai di kawasan itu, Amy Azman berkata, gelandangan di sana membeli dadah menggunakan wang sumbangan orang ramai atau hasil menjaga kawasan parkir.

“Apabila khayal, mereka akan melakukan perbuatan jahat seperti membakar pokok, menendang pintu kedai atau memecahkan cermin sisi kereta,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker