Warga Emas Yang Juga Penjaga Rumah Sarang Burung Cedera Di Pukul 3 Penyamun

Warga Emas Yang Juga Penjaga Rumah Sarang Burung Cedera Di Pukul 3 Penyamun

KOTA TINGGI: Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi apabila suspek memecah masuk dan mencederakan mangsa yang merupakan penjaga rumah sarang burung berkenaan.

“Suspek mengikat mangsa dan mencederakannya menggunakan senjata dipercayai besi.

Seterusnya suspek melarikan tiga guni sarang burung dianggarkan seberat tiga kilogram dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan RM11,500.

“Mangsa yang mengalami kecederaan luka di bahagian belakang kepala sebelah kanan mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi dan menerima 10 jahitan di jari kaki kanan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut Nik Azaham, keadaan mangsa stabil dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar serta dibenarkan pulang selepas dirawat.

“Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun hingga mendatangkan cedera.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.-SH

Warga Emas Yang Juga Penjaga Rumah Sarang Burung Cedera Di Pukul 3 Penyamun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker