Tiada Situasi Jerebu Sehingga Jun – MetMalaysia



Tiada Situasi Jerebu Sehingga Jun – MetMalaysia

Peralihan Monsun Barat Daya yang baru melanda negara sejak 14 Mei dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya situasi jerebu dalam tempoh dua bulan akan datang.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Mohd Hisham Mohd Anip, seluruh negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun yang menyaksikan berlakunya hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan.

Menurut beliau lagi, Monsun Barat Daya akan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas.

 

“Bila kita masuk ke kemuncak Monsun Barat Daya yang kita jangka sekitar Jun, Julai atau Ogos nanti, maka cuaca akan lebih kering, lebih panas, dan ketika itu kita boleh jangkakan akan berlakunya jerebu terutamanya jerebu tempatan.

“Andai kata berlakunya cuaca yang sama di Indonesia, iaitu cuaca yang kering, maka kemungkinan berlakunya jerebu rentas sempadan akan ada,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya lagi, jerebu rentas sempadan berkemungkinan terjadi sekitar Ogos hingga Oktober.

Ketika ini, jelasnya, MetMalaysia tidak menjangkakan sebarang perubahan cuaca yang ekstrem termasuk masalah jerebu yang serius bagi bulan Mei dan Jun memandangkan negara masih baru melalui proses peralihan monsun ke Monsun Barat Daya.

Monsun Barat Daya pula secara lazimnya akan berlangsung sehingga sekitar pertengahan atau penghujung September, tambah Mohd Hisham.

Menyentuh keadaan taburan hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara yang berlaku kebelakangan ini, beliau menjelaskan bahawa keadaan tersebut adalah situasi biasa ketika awal peralihan monsun.

Justeru orang ramai tidak perlu khuatir memandangkan ia hanya bersifat sementara.

“Dalam beberapa hari yang lepas kita dapati ada aktiviti ribut petir yang agak menyeluruh, namun melihat kepada tinjauan cuaca atau jangkaan cuaca untuk tempoh seminggu ke hadapan, ia menunjukkan bahawa tidak ada cuaca yang signifikan akan berlaku seperti mana sehari dua yang lepas,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, katanya, kejadian ribut petir masih boleh berlaku namun dijangkakan hanya pada skala yang lebih kecil sahaja.

Malah, jelasnya, bagi kawasan Semenanjung Malaysia, keadaan cuaca diramal akan lebih banyak mengalami keadaan panas berbanding hujan.

Keadaan ribut petir bagi tempoh yang sama, katanya, akan lebih aktif dan tertumpu di kawasan Sabah dan Sarawak.-AA

Tiada Situasi Jerebu Sehingga Jun – MetMalaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: