COVID-19: Penggunaan Ubat Antiviral Paxlovid Di AS Meningkat 315%

COVID-19: Penggunaan Ubat Antiviral Paxlovid Di AS Meningkat 315%

WASHINGTON DC: Rawatan menggunakan ubat antiviral COVID-19 keluaran Pfizer, Paxlovid melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu.

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata hampir 115,000 pil Paxlovid telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

White House bulan lalu menyasarkan untuk meluaskan akses kepada rawatan seperti Paxlovid dengan menggandakan bilangan lokasi di mana ia tersedia.

Malah dalam beberapa minggu kebelakangan, negara Uncle Sam itu telah meningkatkan jumlah lokasi pemberian Paxlovid daripada 20,000 kepada kira-kira 35,000 dan akan terus berusaha untuk meningkatkan ketersediaan ubat antiviral itu.

Paxlovid diluluskan untuk individu berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 daripada mengalami gejala teruk. Ia perlu diambil selama lima hari sejurus dikesan bergejala.

Data menunjukkan AS mencatatkan purata hampir 97,000 kes baharu sehari, meningkat daripada kira-kira 73,000 kes seminggu yang lalu.

Kes meningkat secara beransur-ansur sejak ia mencecah paras harian terendah baru-baru ini iaitu 30,000 jangkitan baharu pada akhir Mac.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Selasa menganggarkan kira-kira separuh jangkitan minggu lepas adalah daripada subvarian BA.2.12.1 bagi varian Omicron, yang telah meningkat sejak pertengahan April.

Pada masa ini, terdapat hampir 20,000 pesakit dimasukkan ke hospital di seluruh negara, meningkat daripada 16,500 minggu lalu.-AA

COVID-19: Penggunaan Ubat Antiviral Paxlovid Di AS Meningkat 315%

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker