Penumpang tak puas hati Grab naikkan harga

Penumpang tak puas hati Grab naikkan harga

Sejumlah penumpang menyuarakan rasa tidak gembira berhubung kenaikan harga perkhidmatan Grab, dengan ada yang meningkat hampir dua kali ganda di luar waktu puncak.

Antaranya seorang penumpang yang berkata perjalanan untuk pulang ke rumahnya lazimnya sekitar RM14 tetapi telah dinaikkan sehingga RM26.30.



“Teksi bermeter akan membuat kemunculan semula. Tiba masanya untuk kurangkan permintaan terhadap GrabCar.

“Caj biasa untuk pulang ke rumah adalah RM14,” katanya di Twitter.

Seorang lagi individu memaklumkan perjalanan ke tempat kerjanya – yang biasanya memakan masa kira-kira 10 minit – telah meningkat daripada caj maksimum RM6 kepada RM10.

Ini menyebabkan perjalanan harian ke tempat kerja telah meningkat hampir dua kali ganda kepada ramai orang yang menggunakan perkhidmatan itu.



‘Kedekut’ mata ganjaran

Selain kenaikan tambang ketika di luar waktu puncak, seorang lagi penumpang memaklumkan Grab menjadi “kedekut” dalam memberikan mata ganjaran kepada pelanggannya.

“Dulu nak tebus baucar RM5 dengan (kaedah bayaran) paylater hanya perlu 550 mata saja, kemudian dinaikkan kepada 600 mata, dan sekarang jadi 800 mata.

“Untuk peringkat platinum kini (perlukan) tiga mata untuk RM1. Rindu Grab dulu-dulu ketika pernah dapat sembilan mata untuk RM1,” kata pengguna Twitter @twt_Raziman.



Ketika dihubungi, seorang wakil Grab berkata syarikat itu sedang melalui “tempoh senyap” dan tidak dapat memberi sebarang maklum balas sehingga Isnin depan. Mk

Penumpang tak puas hati Grab naikkan harga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker