Tiada kekurangan tepung gandum buat masa ini, kata bos Mydin

Tiada kekurangan tepung gandum buat masa ini, kata bos Mydin

Bos sebuah rangkaian pasar raya mahu meyakinkan pengguna bahawa bekalan tepung gandum dalam pasaran cukup untuk tempoh “satu hingga dua bulan akan datang”.

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata, sebarang kekurangan mungkin akan berlaku dalam tempoh tiga hingga enam bulan.



“Cabarannya bukan untuk tempoh satu hingga dua bulan akan datang kerana kita ada stok yang mencukupi, tetapi jika konflik Ukraine-Rusia dan keadaan cuaca buruk di Amerika Syarikat berterusan, kemungkinan akan berlaku kekurangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa pembelian secara panik mungkin menyebabkan kekurangan berlaku lebih awal.

Ameer berkata, sebarang kekurangan bekalan pada masa ini boleh dikaitkan dengan kelewatan logistik yang disebabkan oleh musim cuti Hari Raya Aidilfitri yang panjang.

Bekalan mengambil masa lebih lama untuk sampai kepada peruncit, katanya. Beliau menjangkakan keadaan akan kembali normal menjelang akhir minggu ini.



Beliau mengulas laporan mengenai peniaga yang bimbang tepung gandum mungkin kehabisan stok pada Julai kerana mereka mendapati sukar untuk mendapatkan bekalannya.

Ameer berkata, kekurangan yang dijangka itu boleh menyebabkan kenaikan harga roti dan produk lain yang mengandungi tepung gandum.

“Kita harus bersiap sedia untuk kenaikan harga, tetapi kita harus ingat bahawa kerajaan menyediakan subsidi untuk tepung asas,” katanya sambil menambah, kedua-dua roti dan tepung adalah barangan terkawal.

Beliau menggesa kerajaan supaya bersikap proaktif dalam memantau pasaran tetapi membenarkan kuasa pasaran menentukan harga tepung.



Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, keputusan India untuk menyekat eksport tepung gandum tidak akan mengganggu bekalan di Malaysia.

Sekatan India itu disebabkan oleh gelombang panas yang menjejaskan pengeluaran di negara itu.

KPDNHEP berkata, Malaysia tidak mengimport gandum dari India. Sebanyak 80% daripada komoditi itu diimport dari Australia dan selebihnya dari AS, Kanada dan Ukraine.

Jabatan Pertanian AS menjangkakan Ukraine akan mengeksport kira-kira 10 juta tan gandum tahun ini, berkurangan daripada 19 juta tan tahun lepas.



Cuaca kering di AS dan Eropah Barat turut menambah kebimbangan mengenai bekalan. FMT

Tiada kekurangan tepung gandum buat masa ini, kata bos Mydin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker