Hampir 13.2 Juta Kanak-kanak Di AS Dijangkiti COVID-19 Sejak Wabak Melanda

Hampir 13.2 Juta Kanak-kanak Di AS Dijangkiti COVID-19 Sejak Wabak Melanda

LOS ANGELES: Hampir 13.2 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) diuji positif COVID-19 sejak wabak itu melanda, menurut laporan terbaharu dikeluarkan Akademi Pediatrik Amerika (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak pada Isnin.

Setakat 12 Mei lalu, lebih 93,000 kes jangkitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 76 peratus berbanding dua minggu lalu, menurut laporan itu.

Hampir 5.3 juta kes kanak-kanak telah direkodkan pada 2022, lapor Xinhua.

Ia menyaksikan peningkatan kes untuk lima minggu berturut-turut di Amerika Syarikat.

Terdapat keperluan mendesak mengumpul lebih banyak data terutama melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dengan varian baharu serta potensi kesan jangka masa panjang, menurut AAP.

“Adalah penting untuk kita sedar, pandemik memberi kesan segera terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi juga kita perlu mengenal pasti dan menangani kesan jangka masa panjang terhadap kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bagi generasi muda dan belia ini,” menurut AAP.

Hampir 13.2 Juta Kanak-kanak Di AS Dijangkiti COVID-19 Sejak Wabak Melanda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker