Penyanyi Yasin Mula Terima Rawatan Bipolar Di HSB, Sebutan Kes Pada 22 Jun – Peguam

Penyanyi Yasin Mula Terima Rawatan Bipolar Di HSB, Sebutan Kes Pada 22 Jun – Peguam

Mahkamah Majistret dan Sesyen Petaling Jaya hari ini menetapkan 22 Jun depan untuk tarikh sebutan kes melibatkan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 47.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan Hakim Jamaludin Man membuat keputusan tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.



Sementara itu peguam Yasin, Ariff Azami Hussein memaklumkan anak guamnya mula mendapatkan rawatan penyakit bipolar buat pertama kali di Hospital Sungai Buloh pada Selasa.

Ariff Azami juga berkata, Yasin akan mendapatkan rawatan susulan dalam tempoh enam minggu ini di hospital sama.

“Ada dua perkara ingin dimaklumkan, pertamanya kami ingin memberi perkembangan pada pagi ini mengenai proses rawatan diuruskan pihak penjara dan semalam OKT (Orang Kena Tuduh) itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Walaupun agak lewat (Yasin dibawa untuk rawatan), kami ucap terima kasih kepada mahkamah dan penjara kerana memungkinkan rawatan itu.

“Yang kedua, laporan kimia tak siap lagi, (namun) kami harap tarikh sebutan kes tak lama, sebulan (daripada hari ini),” katanya kepada media pada Rabu.



Yasin didakwa di Mahkamah Majistret pada 31 Mac lalu atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Suria Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.



Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Yasin turut dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, bagi satu lagi pertuduhan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.-AA

Penyanyi Yasin Mula Terima Rawatan Bipolar Di HSB, Sebutan Kes Pada 22 Jun – Peguam



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rawatan Apa Perlu Guna Ganja? Jangan Salah Langkah, Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker