Jualan e-Dagang Menyusut, Orang Ramai Pilih ‘Keluar’ Membeli-belah

Jualan e-Dagang Menyusut, Orang Ramai Pilih ‘Keluar’ Membeli-belah

Usahawan e-dagang perlu meningkatkan cara perniagaan mereka susulan penyusutan nilai jualan e-dagang untuk tempoh suku pertama tahun ini.

Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata ia termasuk mempraktikkan pendekatan gedung pengalaman (experience store) seiring usaha menarik kembali minat pembeli dalam talian.



“Kita tahu apabila ekonomi dibuka seperti sekarang ini, ramai pengguna akan keluar untuk membeli barangan mereka kerana mereka nak pegang, lihat dan rasa.

“Jika kita boleh praktikkan konsep ‘experience store‘ di mana sesetengah barangan hanya boleh dibeli secara dalam talian, ini sangatlah penting.

“Para pelanggan boleh masuk ke satu kedai untuk memegang, melihat, merasa mahupun mencuba pakaian atau barang tersebut.

“Apabila telah berpuas hati melihat barangan tersebut, mereka boleh menempah barangan itu secara dalam talian,” katanya ketika ditemu bual dalam Niaga AWANI.

Jelasnya, inisiatif berkonsepkan pelbagai saluran itu mampu meningkatkan pengalaman pengguna dalam membuat pilihan membeli-belah.



Mengulas lanjut, beliau berkata, penyusutan nilai jualan e-dagang untuk suku pertama 2022 berbanding nilai pada 2021 bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

“Kita nampak di sini bahawa di sektor peruncitan, pendapatan mereka berkembang, tetapi di sektor e-dagang kita nampak penjualan mereka menurun.

“Jadi kita nampak keadaan seimbang dan tiada apa yang perlu kita panik.

“Namun, dari segi industri jangka masa sederhana, kita akan nampak industri e-dagang akan mengalami penurunan lantaran pembukaan sektor ekonomi,” katanya.



Beliau pada masa sama mencadangkan supaya usahawan e-dagang Malaysia meningkatkan eksport jualan di luar negara secara lebih agresif.

Prestasi nilai jualan e-dagang merekodkan RM278.2 bilion, peningkatan 9.3 peratus tahun-ke-tahun pada suku tahun pertama 2022.

Namun, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-dagang menyusut 4.2 peratus.-AA

Jualan e-Dagang Menyusut, Orang Ramai Pilih ‘Keluar’ Membeli-belah



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker