“Dah Terima Tanda, Tarikh Nikah Pun Sudah Ada” – Mas Idayu Menghitung Hari Bahagia

“Dah Terima Tanda, Tarikh Nikah Pun Sudah Ada” – Mas Idayu Menghitung Hari Bahagia

PENYANYI dangdut terkenal, Mas Idayu mengakui sudah menerima ‘tanda’ dihantar oleh jejaka pilihannya yang juga penerbit eksekutif di sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa Ahad lalu.

Menurut Mas Idayu, tanda itu diberikan sejurus ahli keluarga kedua belah pihak bertemu bagi perbincangan lanjut menjelang hari bahagia mereka.

“Baru beberapa hari pihaknya hantar tanda. Bukanlah bertunang atau merisik. Sesi tersebut lebih kepada saling mengenali keluarga dan dia hadir sekali memberikan tanda.

Mas berkata, Sufian bersama keluarganya hadir ke rumah keluarga Mas di Kota Tinggi, Johor untuk tujuan itu, baru-baru ini.

Katanya, mereka juga tidak melangsungkan pertunangan.

“Ujian sangat kuat. Saya tak percaya ikatan sebab itu saya tak nak bertunang kerana benda-benda inilah. Selesai saja majlis, kami bermasam muka dan tak bercakap sehinggalah dia balik.

“Ini ujian paling besar yang kami lalui. Alhamdulillah kami dah okey semula. Dia pujuk saya semula. Ia hanya benda kecil yang tak patut berlaku,” katanya.

Mas berkata, bapa, bapa saudara dan adik-beradik lelaki memang sukakan Sufian.

“Ketika majlis berlangsung, saya berada dalam bilik dan tak dibenarkan keluar. Saya cuma tengok video yang dirakam oleh adik. Ketika nak pasang ‘tanda’ baru saya keluar.

“Keluarga saya pun tak banyak bertanya pada dia. Sebelum ini mereka tak suka pilihan saya kerana lebih muda daripada saya,” katanya.

“Mana ada orang dalam masa empat bulan kenal terus ikat. Tak sangka dia nak ikat nak bagi tanda, okeylah.

“Perjumpaan dilakukan di kediaman keluarga saya. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya kot. Tarikh nikah sudah pun ada, cumanya kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jujurnya saya pun tak menyangka dia ada memberikan tanda untuk hubungan kami.

“Apa yang Sufian berikan, biarlah rahsia dulu. Nanti saya akan beritahu dan kongsikan di media sosial,” katanya kepada Gempak.

Mas Idayu ditemui pada sidang media program baharu Astro, Karaoke Superstar bertempat di The Gardens Theatre, Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas mengenai perkahwinannya, Mas Idayu atau lebih popular dengan panggilan mummy ini juga menjelaskan persiapan tersebut sedang berjalan.

“Persiapan sudah pun 70 peratus, hanya tinggal untuk pilih lokasi dan beberapa perkara lain. Ikutkan perancangan setakat ini, kami akan buat majlis berinai dan khatam Al-Quran.

“Tinggal lagi untuk pilih lokasi dan beberapa hal lain. Ada yang berminat nak taja dan kami sedang pertimbangkan yang sesuai.

Cenderahati istimewa untuk 600 jemputan adalah produk kecantikan milik saya sendiri Twenty Skincare,” katanya.

“Insya-Allah, majlis nikah dilangsungkan pada pagi dan resepsi pula akan berjalan pada sebelah malamnya,” katanya.

Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada September depan.

Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Robek Hatiku pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu merupakan juri tetap untuk Karaoke Superstar bersama Erra Fazira. Mas Idayu juga bakal muncul dengan produk penjagaan wajah tidak lama lagi.-GEMPAK

“Dah Terima Tanda, Tarikh Nikah Pun Sudah Ada” – Mas Idayu Menghitung Hari Bahagia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker