Insiden KLIA, siasatan belum selesai – SPRM

'Siasatan belum selesai, kenapa timbul cerita tiada unsur rasuah - Azam Baki

Insiden KLIA, siasatan belum selesai – SPRM

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah dalam kes kekecohan membabitkan dua wanita warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu, masih belum selesai.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki menyelar laporan media semalam, yang mendakwa tiada unsur rasuah ditemui dalam kes itu sedangkan siasatan masih berjalan.

Ketika dihubungi BH hari ini, Azam berkata, proses siasatan berhubung kes itu baru berjalan kira-kira enam hari, justeru tidak wajar mana-mana pihak merumuskan kes itu tiada unsur rasuah.

“Saya ingin mengatakan siasatan masih dijalankan, saya tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi kerana ada yang mengandaikan tiada elemen rasuah sedangkan siasatan masih belum selesai.

“Siasatan baru saja dijalankan dalam tempoh lima hingga enam hari, jadi munasabahkah enam hari kita boleh selesaikan siasatan? Berhati-hatilah dalam membuat kenyataan walaupun merujuk sumber,” katanya.

Justeru, Azam berkata, semua pihak termasuk pihak media digesa tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung kes itu tanpa maklumat yang sahih dan tepat daripada pihaknya.

“Selama ini media tanya saya, tetapi tiba-tiba tidak tahu ‘budak’ mana yang media tanya, lepas itu dia kata tiada kes.

“Siapa ‘budak’ itu? Jangan pandai-pandai kerana seolah-olah SPRM sudah tarik ‘handbrake’. Saya ingin menegaskan bahawa siasatan masih berjalan,” katanya.

Azam berkata, SPRM akan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan berhubung kes itu dengan proses siasatan dijangka hanya dapat dilengkapkan dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, terdapat banyak proses perlu dijalankan merangkumi pelbagai sudut sebelum siasatan dilengkapkan dan kes boleh dirumuskan.

“Pertama, elemen rasuah yang perlu kita lihat dan dibuktikan seperti mana tohmahan dan keduanya, prosedur undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pihak berkuasa (Jabatan Imigresen).

“Ketiga, apa-apa peraturan yang perlu dikuatkuasakan di KLIA secara umum perlu dipatuhi mana-mana pihak di KLIA dalam menguruskan mereka yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini atau dikenakan tindakan Notis Penolakan Masuk (NTL) memasuki Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Azam turut mengesahkan syarikat yang dilantik menguruskan warga asing yang dikenakan NTL sudah dipanggil untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan berlaku kekecohan di KLIA susulan penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu yang dilakukan mengikut prosedur dan selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.

Memetik laporan sebuah portal, ketika soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang dan gagal menyatakan dengan jelas tempat penginapannya sepanjang berada di Malaysia.

Pada 5 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah mengambil keterangan 14 individu berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota imigresen di pintu masuk negara.

Azam dilaporkan berkata, individu yang diambil keterangan termasuk seorang menteri, lapan kakitangan imigresen dan wanita warga China bersama rakannya dari negara sama.

Kekecohan di KLIA tular apabila seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan KLIA bagi melepaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Susulan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya adalah menteri dikaitkan dengan kejadian itu dan mendakwa kehadirannya bagi membongkar kewujudan budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa kronik di pintu masuk negara. BH

Insiden KLIA, siasatan belum selesai – SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker