SPRM siasat dakwaan salah guna kuasa pegawai MARA

SPRM siasat dakwaan salah guna kuasa pegawai MARA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa atau urus tadbir dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehari selepas badan itu menafikan tuduhan berkenaan yang tular di media sosial.

Menerusi kenyataan SPRM berkata, pihaknya memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi tersebut.



“Susulan itu, SPRM telah menerima satu aduan berkaitan isu ini dan akan memulakan siasatan pada 7 Feb 2022 (Isnin) dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation,” katanya.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Semalam, MARA menafikan berlaku salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi itu dan anak syarikatnya, seperti didakwa menerusi satu dokumen yang tular di media sosial.

Pengerusi MARA, Azizah Mohd Dun, berkata pihaknya tidak memandang ringan dakwaan itu dan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu terbabit dalam salah guna kuasa atau tidak berintegriti.



Sebelum ini, tular mengenai sepucuk surat berhubung permohonan untuk melakukan siasatan terhadap lima pegawai tinggi MARA.

Pendedahan itu dibuat satu pemilik akaun Twitter menerusi ciapannya, yang turut melampirkan enam surat terbabit berhubung integriti pegawai MARA.

Surat bertarikh 30 Jan itu didakwa pemilik akaun Twitter terbabit, dihantar oleh Pengerusi Eksekutif MARA Corporation, Suhaili Abdul Rahman kepada Azizah.

SPRM siasat dakwaan salah guna kuasa pegawai MARA




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker