Bayi maut, ibu parah ditetak datuk saudara

Keadaan bayi perempuan yang meninggal dunia dan ibunya yang parah akibat ditetak datuk saudara dalam kejadian di Kinabatangan semalam. – Foto: Ihsan IPD Kinabatangan

Bayi maut, ibu parah ditetak datuk saudara

KINABATANGAN: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala ibunya parah selepas ditetak datuk saudaranya di sebuah rumah di Kampung Ubi Sungai Pauh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang, telinga kiri mangsa berusia 35 tahun itu juga dilaporkan hampir putus akibat serangan lelaki terbabit.

Ketua Polis Kinabatangan, Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian pada 2.40 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang bayi perempuan berusia enam bulan telah meninggal dunia akibat ditetak di bahagian kepala.

“Ibunya pula parah di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus akibat tetakan,” katanya ketika dihubungi.

Dzulbaharin berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Katanya, polis kemudian berjaya mengesan dan menangkap suspek di kawasan kebun sawit di lokasi sama.

“Polis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menetak mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 60 tahun yang juga warga Filipina itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kinabatangan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian dan suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. FMT

Bayi maut, ibu parah ditetak datuk saudara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker