Gempar pesakit psikiatri cuba culik kanak-kanak

Gempar pesakit psikiatri cuba culik kanak-kanak

Pasir Gudang: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki yang mempunyai masalah psikiatri di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada 11.30 pagi daripada orang awam yang memaklumkan kejadian.



Beliau berkata, suspek ditahan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah yang tiba ke lokasi kejadian.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan ketika kejadian.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex dan suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang.

“Suspek berusia pertengahan 20-an adalah pemenang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.



“Suspek juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda.

“Polis menasihati ibu bapa, penjaga dan pelajar sekolah agar lebih peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling agar perkara umpama ini tidak berulang,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Sebelum ini, penduduk kawasan sekitar digemparkan dengan kejadian dipercayai cubaan culik membabitkan kanak-kanak di sebuah sekolah agama.



Berdasarkan rakaman video dan gambar tular di Facebook, seorang lelaki berlari sambil mendukung kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun orang ramai yang menyaksikan perbuatan lelaki itu menghalang sebelum menangkapnya serta menghubungi polis bagi tindakan lanjut. HM

Gempar pesakit psikiatri cuba culik kanak-kanak


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga



Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker