Pilih timbalan yang bukan pak turut Presiden – Rafizi

Pilih timbalan yang bukan pak turut Presiden – Rafizi

Rafizi Ramli menggesa ahli PKR memilih timbalan presiden yang tangkas, kreatif dan agresif dalam melaksanakan tugas bukan sekadar “menurut” presiden semata-mata.

Beliau berkata, jika perkara itu berlaku rakyat akan memberikan sokongan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Jadi kematangan Anwar Ibrahim dan ketangkasan timbalan presiden yang lebih muda, yang lebih dekat dengan pengundi muda itu dapat beri keyakinan kepada rakyat bahawa gagasan dibawa PH dan PKR bukan sahaja cerminkan pengalaman, kematangan, jiwa rakyat tapi bawa, garab idea dan kreatif,” katanya yang juga naib presiden PKR.

Beliau berkata demikian dalam program debat Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar, hari ini.

Calon timbalan presiden PKR itu mengakui beliau agak lantang bersuara dalam menyampaikan pandangan kerana baginya “rakyat nak lihat proses politik dalam parti lebih segar dan baru”.

“Kadang-kadang perbezaan pendapat itu saya rasa kena dimainkan oleh timbalan presiden PKR, bukan dilihat seseorang menurut dan tak terima wawasan dan gagasan, kalau ada perkataan tu saya rasa kita tak boleh tampu dengan baik dalam PRU,” katanya.

Pemilihan kali ini menyaksikan Rafizi dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail merebut jawatan timbalan presiden yang kosong sejak Mohamad Azmin Ali dipecat susulan penglibatannya dalam Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH pada Februari 2020.

Pemilihan PKR akan berlangsung dari 13 hingga 22 Mei ini. FMT

Pilih timbalan yang bukan pak turut Presiden – Rafizi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker