Peminat Metallica lahirkan anak ketika hadiri konsert

KUMPULAN Metallica mempersembahkan lagu Enter Sandman ketika peminat itu melahirkan anak di khalayak ramai. – Getty/Globo/Fantastico

BRASILIA – Seorang peminat kumpulan muzik ‘heavy metal’ terkenal, Metallica dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki ketika dia menghadiri konsert kumpulan itu di Brazil, lapor akhbar Metro UK semalam.

Joice M Figueiro, ketika kejadian berada bersama peminat-peminat lain semasa kumpulan itu membuat persembahan di Estadio Couto Pereira di Brazil.

Artis tatu wanita itu berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan kumpulan tersebut membuat persembahan dalam siri jelajah yang diadakan di Amerika Selatan.

Menurut laporan, wanita itu hamil 39 minggu dan duduk di ruangan khas apabila dia mula mengalami kontraksi sejurus sebelum konsert itu tamat.



Air ketubannya dikatakan pecah ketika dia berjalan menuju ke bilik perubatan. Disebabkan tidak mempunyai masa yang banyak untuk ke hospital, Figueiro melahirkan anaknya di stadium. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga



Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker