5 Rentung: ‘Abang Nampak Lain Sangat-Sangat’ – Adik Allahyarham Muhammad Nasrun
5 Rentung: ‘Abang Nampak Lain Sangat-Sangat’ – Adik Allahyarham Muhammad Nasrun
Kuala Kangsar: “Abang memang nampak lain sangat-sangat… muka dia nampak sedih dan sangat kurang bercakap,” kata Mohd Fikri Aidol Munir Akbar, 16, adik kepada Allahyarham Muhammad Nasrun, seorang daripada lima pelajar yang rentung dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer (KM) 245.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, tengah malam tadi.
Mohd Fikri berkata, dia bersama ahli keluarga kali terakhir menemui arwah abangnya itu pada Ahad lalu di rumah nenek saudara di Batu Gajah di sini.
“Pagi hari raya, abang tidak dapat meraikan bersama keluarga sebab kami di Selangor dan dia di rumah opah di Batu Gajah. Pagi itu dia raya tanpa keluarga di sisi.
“Petang itu (Ahad) baru kami sampai Batu Gajah, nampak sangat muka dan perangai dia lain sangat. Sebelum ini dia ceria, gembira dan suka kacau saya. Dah tiada yang nak kacau saya selepas ini,” katanya sambil menangis tidak mampu menahan sebak ketika ditemui di tempat penginapan yang disediakan kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya, ibu dan bapanya mendapat mendapat maklumat mengenai kejadian pada jam 2.30 pagi sebelum mengejutnya dari tidur memaklumkan berita sedih pemergian abang kesayangan.
Sementara itu, Yuzambree Ramlee Mohd Yunus, 46, iaitu bapa saudara kepada Allahyarham Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, berkata, anak saudaranya itu tidak banyak bercakap seperti sebelum ini.
“Ada kadang-kadang tu macam nampak ada perubahan, tetapi tak sangka jadi macam ini… memang tak sangka betul mengejut macam ini,” katanya ketika ditemui di lokasi sama.
Yuzambree Ramlee berkata, berita yang diterima awal pagi tadi itu sangat mengejutkan mereka sekeluarga.
Menurutnya, kali terakhir berjumpa Ahmad Akmal lima hari lalu sebelum kembali ke kolej.
Katanya, Ahmad Akmal tinggal bersama keluarganya di Parit Buntar di sini selepas kematian nenek dan manakala ibu bapanya bercerai.
Terdahulu, nahas tiga kenderaan mengakibatkan lima individu rentung di KM 245.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, tengah malam tadi, dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan jalan.
Semua mangsa yang rentung berusia antara 19 hingga 23 tahun adalah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), Kuala Kangsar.-HM
5 Rentung: ‘Abang Nampak Lain Sangat-Sangat’ – Adik Allahyarham Muhammad Nasrun
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu