Kerja 4 hari seminggu: Perlu diteliti – MTUC

Kerja 4 hari seminggu: Perlu diteliti – MTUC

Cadangan pelaksanaan kerja empat hari seminggu masih perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih teliti.
Pemangku Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, cadangan itu bersesuaian kepada beberapa industri sahaja.

Dalam masa sama, yang menjadi kebimbangan beliau ialah wujudnya kesan negatif kepada pekerja seperti pemotongan gaji, elaun dan lain-lain.

“Ada industri yang relevan bekerja empat hari seminggu, ada sektor yang tidak relevan kerja empat hari seminggu.

“Malahan, ada syarikat-syarikat multinasional telah laksana kerja empat hari seminggu tetapi kilang akan beroperasi tujuh hari seminggu.
“Tetapi ia tidak akan berlaku kepada kumpulan PKS, sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan yang mungkin tidak relevan empat hari seminggu.

“Bagi MTUC, kita cadangkan supaya perkara ini diperhalusi semua pihak termasuk majikan, pekerja mahupun kerajaan supaya kita tidak mahu nanti apabila kerja empat hari seminggu dilaksanakan, nanti ada majikan-majikan yang lakukan perkara-perkara seperti pemotongan gaji elaun,” katanya ketika ditemu bual Niaga AWANI.

Baru-baru ini, portal berita Nikkei Asia melaporkan, firma-firma dan kerajaan seluruh Asia kini sedang cuba melaksanakan idea tempoh bekerja empat hari seminggu, namun, secara berhati hati.

Usaha melaksanakan idea itu tercetus susulan kajian yang mendapati waktu bekerja pada waktu sedia ada dilihat memberikan kesan buruk kepada kesihatan pekerja dan malah ia tidak diterjemahkan kepada produktiviti yang tinggi.

Portal itu turut melaporkan, Jepun antara negara yang terkenal dengan budaya kerja lebih masa, kini cuba melaksanakan sistem baharu itu dengan beberapa syarikat gergasi mengorak langkah pertama. Awani

Kerja 4 hari seminggu: Perlu diteliti – MTUC


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker