Dakwa Prosedur Sembelih Haiwan Jijik, Tidak Halal Dan Penyembelih Minum Arak



Dakwa Prosedur Sembelih Haiwan Jijik, Tidak Halal Dan Penyembelih Minum Arak

Seperti biasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) seringkali membangkitkan isu-isu yang dilihat baik bagi menuntut keadililan pengguna Islam di Malaysia. Terbaru, mereka membangkitkan pula tentang pusat penyembelihan haiwan di Australia yang gagal mematuhi proses halal yang ditetapkan.

Pendedahan ini menarik perhatian ramai apabila PPIM menampilkan seorang saksi yang merupakan bekas pekerja di pusat penyembelihan terbabit. Saksi tampil dengan rela hari membuat pengakuan dan menceritakan hal sebenar betapa jijiknya tempat itu.

Individu yang ingin dikenali sebagai Abdullah itu menyatakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) tidak memantau rumah penyembelihan dan bersikap sambil lewa dalam isu halal dan prosedur sembelihan.

Jakim nafi tapi Abdullah tetap yakin dengan apa yang dia lihat.




Akan tetapi, pihak Jakim dalam satu kenyataan pada 14 April lalu menafikan perkara itu dengan mendakwa pusat penyembelihan terbabit tidak melanggar sebarang protokol halal dan mengikut SOP.

Walhal sehingga pada hari saya dipecat iaitu pada Jumaat 22 April, perkara itu masih berlaku. Malah, hanya ada dua pe­gawai untuk menyembelih 6,500 ekor kambing, sedangkan ia se­patutnya ada empat orang.

Semua kambing itu dilemaskan dalam darah binatang yang disembelih sebelum itu seperti berlaku awal Januari lalu atau mungkin lebih awal da­ri itu. Persoalannya, adakah ini SOP baharu Jakim? Lemaskan kambing yang baru disembelih walaupun belum mati lagi. – Dedah Abdullah.

Terima ugutan kerana lantang dedahkan isu ini…

Abdullah yang membuat pendedahan melalui video itu mengakui ada berdepan ugutan dan ancaman keselamatan terhadap diri dan keluarga. Bagaimanapun, dia tetap bertekad untuk membongkar perkara sebenar demi kemaslahatan umat Islam yang dilihat sudah lama memakan daging haram.




Abdullah turut telah mengangkat sumpah memegang Al-Quran berhubung pendedahannya.

Pekerja pusat penyebelihan tidak amalkan ajaran Islam dan minum arak…

Ada kambing mati digigit haiwan liar seperti anjing yang berkeliaran di kawasan rumah penyembelihan itu sebelum sempat disembelih. Jadi status halal itu meragukan.

Apatah lagi pekerja di pusat sembelihan terbabit yang menjadi pemantau halal juga tidak mengamalkan ajaran Islam se­bagaimana dituntut syarak. Tidak solat, tidak berpuasa dan minum arak. Malah ada yang tidak tahu pun nak menyebut perkataan Allahuakbar.Jadi bagaimana mereka bo­leh sembelih binatang yang di­ja­dikan makanan untuk orang Islam. – Dedahnya lagi.

Abdullah berharap agar pihak berkuasa Malaysia dan Australia mengambil tindakan segera dan membuat pemeriksaan bebas tanpa campur tangan orang dalam. OM




Dakwa Prosedur Sembelih Haiwan Jijik, Tidak Halal Dan Penyembelih Minum Arak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Leave a Reply

Your email address will not be published.