Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik
Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik
Ramai ‘terciduk’ apabila saham Serba Dinamik jatuh 60 peratus pada hari pertama didagangkan selepas digantung Bursa Malaysia sejak 22 Oktober 2021.
Harga sahamnya susut 21 sen kepada 14 sen dengan 337.11 juta saham diniagakan Bursa Malaysia Securities Bhd.
Susulan itu, ramai pelabur yang menyuarakan kebimbangan kerana terpaksa menanggung kerugian.
“Ada tak yang boleh buat laporan kepada Suruhanjaya sekuriti terhadap pihak yang ajak orang ramai beli saham Serba Dinamik sebelum ini?
“Mana tahu ada pelabur termakan ajakan tersebut dan sedang kerugian sekarang ini,” soal seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohamad Hariz.
Menerusi ruang komen hantaran tersebut mendapati, rata-rata pengguna media sosial berpendapat pelabur yang sudah membeli saham tersebut perlu tampil ke depan bagi membuat laporan.
“Aku dah kata jangan sentuh saham yang bermasalah, degil. Kan dah menung,” kata Ahmed.
“Ramai sangat terciduk. Tapi siapa nak buat laporan? Mesti akan kata biasalah adat melabur,” kata Fazli.
“Seeloknya orang yang sudah terkena tampil ke depan buat laporan,” kata Ahza.
“Sebelum ini kita diminta beli saham Serba Dinamik dengan anggapan saham akan naik. Tapi apa jadi hari ini, saham turun dan nampak macam tak ada harapan kepada pembeli yang sudah terbeli saham ini. Alamatnya, ‘berhuhu’ sajalah si pembeli,” kata Maaz.
Terdahulu, pada bulan lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan kompaun maksimum terhadap Serba Dinamik, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Eksekutif dan dua pegawainya sebanyak RM3 juta setiap seorang kerana mengemukakan penyata kewangan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd. K Online
Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik
Baca Artikel Menarik:
- Cabul penumpang ketika tidur, pemandu kedua bas direman 4 hari
- Mekanik didakwa bunuh isteri sehari sebelum Aidilfitri
- BN mampu menang tanpa MN – Penganalisis
- Polis sahkan Myvi putih PGT 124 guna nombor palsu
- Mimi Fly tak serik bercinta lagi
- Kecewa dengan DAP, Ong Kian Ming umum untuk tidak bertanding dalam PRU15
- Muafakat Nasional (MN): ‘Kepala’ perlu bersatu, bukan cuma ‘badan’
- Blogger Kanada sanggup datang balik ke Malaysia untuk hadir Rumah Terbuka PM
- Sejam Kena ‘Panggang’ Tanpa Aircond, Penumpang MAS ke Sabah Luah Kekecewaan
- Kesesakan jalan raya buat pasangan kekasih ambil kesempatan buat ‘projek’ [VIDEO]
- Rizalman berkongsi kisah scammer menyamar ‘Permaisuri Agong’
- Fuad Rahman jelmaan Saleem
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat
You must be logged in to post a comment.