Bill Gates nafi jejak manusia guna mikrocip dalam vaksin

Bill Gates nafi jejak manusia guna mikrocip dalam vaksin

LONDON: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates baru-baru ini menyelar teori yang mendakwa dia boleh mengesan orang ramai menerusi mikrocip dalam suntikan vaksin Covid-19 sebagai ‘tidak munasabah’.

Gates mendedahkan perkara itu dalam satu wawancara menerusi program Today terbitan Radio BBC.

“Teori itu sangat gila sehinggakan saya tidak mampu berkata apa-apa selain ketawa besar,” katanya.

Sejak dua tahun lalu, satu teori konspirasi tersebar luas dalam media sosial yang mendakwa Gates mahu menggunakan program vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran untuk menanam mikrocip ke dalam tubuh manusia supaya beliau boleh menjejaki mereka secara digital.

Namun, Gates sering menafikannya tetapi penafian itu tidak cukup untuk menghentikan penyebaran teori berkenaan.

“Adakah saya benar-benar boleh menjejaki orang menerusi suntikan vaksinas?

“Saya mengeluarkan belanja berbilion dolar untuk vaksin Covid-19 tetapi saya tidak buat duit dengan vaksin.

“Pada saya, vaksin digunakan untuk menyelamatkan nyawa, iaitu sebagai alternatif kepada ubatan-unatan,” tegasnya.

Sehubungan itu, Gates meminta orang ramai supaya menghentikan teori konspirasi tersebut.

“Beberapa orang pernah menjerit ke arah saya, menuduh saya menjejaki mereka menggunakan vaksin.

“Keadaan itu amat mengerikan dan oleh hal yang demikian, hentikan teori konspirasi mengarut ini,” ujarnya. Utusan

Bill Gates nafi jejak manusia guna mikrocip dalam vaksin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker