Pelajar 16 Tahun Ditahan Susulan Insiden MPV Rempuh Pemotong Rumput Sehingga Maut

Pelajar 16 Tahun Ditahan Susulan Insiden MPV Rempuh Pemotong Rumput Sehingga Maut

SUNGAI PETANI: Seorang remaja tidak memiliki lesen yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh dua pekerja pemotong rumput  dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Bedong di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11 pagi itu, salah seorang mangsa  terlibat yang merupakan warga Myanmar meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati MPV terlibat dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun yang tidak memiliki lesen memandu.



Menurutnya, remaja yang tinggal di Laguna Merbok di sini juga adalah seorang pelajar di sebuah sekolah menengah.

“Setakat ini, remaja terbabit sudah ditahan dan kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Remaja terbabit yang memandu Perodua Alza tidak cedera dan dia ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk rawatan lanjut.



Katanya, kemalangan itu berlaku ketika  mereka berehat di bahu jalan bersama beberap orang lagi rakan sekerja selepas memotong rumput di kawasan tersebut.

“Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta Perodua Alza dari arah lampu isyarat Semeling yang dipandu laju oleh remaja terbabit hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan sebelum merempuh dua batang pokok.

” Selepas itu, kenderaan tersebut kemudian merempuh mangsa dan sebuah motosikal dipercayai milik salah seorang pekerja pemotong rumput tersebut,” katanya.

Zaidy memberitahu, pemandu Perodua Alza itu pula tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

.

Kemalangan | Seorang pemotong rumput maut dirempuh kereta

Pelajar 16 Tahun Ditahan Susulan Insiden MPV Rempuh Pemotong Rumput Sehingga Maut



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker