Mahathir sudah dimaklumkan tentang terma penyelesaian saman Apandi – Peguam Negara
Mahathir sudah dimaklumkan tentang terma penyelesaian saman Apandi – Peguam Negara
Peguam Negara Idrus Harun hari ini berkata dia telah memaklumkan Dr Mahathir Mohamad mengenai terma penyelesaian berkaitan saman yang difailkan Mohamed Apandi Ali terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan Malaysia.
Idrus berkata berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Mohamed Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai peguam negara.
Idrus berkata mahkamah kemudiannya membatalkan tuntutan plaintif tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Tun (Dr Mahathir) menulis baru-baru ini untuk mendapatkan maklumat mengenai syarat penyelesaian. Saya sudah menjawab untuk memaklumkan kepadanya syarat penyelesaian,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.
Semalam Dr Mahathir, menerusi hantaran di laman Facebooknya melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju dengan cara kes saman itu yang diselesaikan di luar mahkamah dan mendakwa dia tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian walaupun merupakan saksi utama dalam kes tersebut.
“Saya menulis kepada peguam negara (Idrus). Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandangkan bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.
“Semasa saya beri keterangan kepada pihak peguam negara bagi persediaan kes saman Mohamed Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan Rule of Law,” katanya.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut membangkitkan persoalan sama ada pampasan perlu dibayar jika tindakan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi dibuat mengikut undang-undang.
Beliau juga mempersoalkan mengapa terma penyelesaian itu dirahsiakan kerana rakyat berhak mengetahuinya lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.
Dr Mahatir juga menegaskan tidak mengaku bersalah dan bersedia untuk tuntutan Mohamed Apandi diadili di mahkamah.
Pada 13 April lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman itu selepas kerajaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang pengakuan liabiliti dan terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 18, 20, 21 dan 22 April 2022 untuk perbicaraan kes saman tersebut. Nk
Mahathir sudah dimaklumkan tentang terma penyelesaian saman Apandi – Peguam Negara
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.