Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto kahwini lelaki warga Perancis

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto kahwini lelaki warga Perancis

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto mengahwini lelaki warga Perancis Alain Morvan dalam satu majlis perkahwinan sivil di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, semalam.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 30 orang itu, pasangan berkenaan melafazkan ikrar di hadapan pendaftar pada jam 11 pagi, disaksikan ibunya, S Mary, 73, dan kakak Shaalini, 41, serta ahli keluarga lain.

Hadir sama Lim Kit Siang dan Ramkarpal Singh dari DAP dan Duta Perancis ke Malaysia Roland Galharague.

Kasthuri, 43, berkata, dia mula bertemu Morvan, 51, yang berasal dari Brittany, di Parlimen Eropah di Belgium pada Februari 2019 ketika kongres anti-hukuman mati.

“Kami sentiasa bertemu dan sedar mempunyai persamaan. Sebelum pulang, kami merasakan ada hubungan yang kuat,” katanya kepada FMT.

Kasthuri berkata Morvan menyokong anti-hukuman mati, selain menjadi aktivis hak wartawan dan dia sendiri adalah bekas wartawan selama 25 tahun.

“Dia adalah lelaki baik. Dia mendukung pemansuhan hukuman mati dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan hak asasi manusia,” katanya.

Dia berkata, Morvan selalu melawatnya dan dia juga ke Perancis sekiranya berpeluang ke negara itu.

Kasthuri berkata walaupun Perancis berada dalam senarai hitam perjalanan Malaysia sekatan penuh Covid-19, namun mereka bertemu di luar acara yang diadakan di luar Perancis.

“Pada satu masa, kami langsung tidak berjumpa untuk tempoh lebih setahun ketika pandemik,” katanya.

Kasthuri berkata mereka akan menjalani kursus persediaan perkahwinan Katolik pada hari Isnin, dengan perkahwinan di gereja dijadualkan pada akhir tahun ini.

Katanya, mereka akan cuba bertemu dari semasa ke semasa. FMT

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto kahwini lelaki warga Perancis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker