Kelab Bolasepak Chelsea Dijual Kepada Konsortium AS

Kelab Bolasepak Chelsea Dijual Kepada Konsortium AS

LONDON: Konsortium dari Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Todd Boehly menandatangani perjanjian untuk membeli Chelsea daripada Roman Abramovich dan hanya menunggu kelulusan kerajaan United Kingdom (UK) serta Liga Perdana Inggeris.



Kumpulan yang diketuai pemilik bersama LA Dodgers itu dan disokong firma pelaburan AS, Clearlake Capital mengatasi bidaan Jim Ratcliffe serta konsortium lain diketuai Stephen Pagliuca dan Martin Broughton pada saat akhir untuk menjadi pemilik baharu kelab London itu.

Chelsea diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mencari pembida baharu selepas lesen sementara yang dikeluarkan kerajaan UK untuk kelab itu beroperasi tamat pada tarikh berkenaan.

Kumpulan yang dilantik Abramovich untuk menguruskan penjualan kelab, Raine Group sudah memilih pembida mereka dan kerajaan kini boleh mengeluarkan lesen berasingan bagi membolehkan Blues dijual.

Liga Perdana Inggeris akan bermesyuarat pada 8 Jun untuk membincangkan musim baharu, di mana Chelsea perlu mempunyai lesen ketika itu untuk menyertai musim akan datang.



Chelsea dijangka mempunyai pemilik baharu akhir bulan ini, tiga bulan selepas pemilik dari Russia itu mengumumkan akan menjual kelab berkenaan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker