Tinggal lapan hari sebelum pendaftaran PICKids dos pertama ditutup

PUTRAJAYA – Tinggal lapan hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir 15 Mei dan ibu bapa disaran mengambil peluang untuk melindungi anak mereka menerusi pemberian vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan ringkas di Twitter mengingatkan bahawa pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) dos pertama akan ditutup.

“Tinggal lapan hari lagi sebelum pendaftaran PICKids dos pertama tutup. Ambillah peluang untuk melindungi anak anda daripada Covid-19, Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) dan lain-lain komplikasi akibat jangkitan.



“Lebih 1.5 juta kanak-kanak sudah dicucuk di Malaysia. Terbukti selamat,” katanya ringkas menerusi hantaran tersebut hari ini.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, tarikh akhir pemberian vaksin Covid-19 secara percuma kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi PICKids kekal berakhir 15 Mei ini.

Selepas tarikh tersebut, ibu bapa masih mempunyai pilihan mendapatkan vaksin melalui program vaksinasi berbayar iaitu vaksin Sinovac manakala, vaksin Pfizer hanya diberikan melalui PICKids serta tidak lagi diberikan selepas tarikh itu

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker