Tukang masak melecur, rakan cedera dapur hotel terbakar

KOTA KINABALU – Seorang tukang masak melecur manakala rakannya cedera selepas dapur di sebuah hotel di sini terbakar pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Nuzul dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai David hanya cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan, kebakaran dapur akibat daripada kebocoran gas memasak dan api berjaya dipadamkan pekerja hotel berkenaan sebelum pasukan bomba tiba.

“Injap gas turut berjaya ditutup oleh pekerja hotel itu sendiri namun terdapat dua mangsa dilaporkan cedera. Seorang mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans dan seorang lagi hanya cedera ringan namun tidak mahu dihantar ke hospital,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, pasukan bomba di lokasi kejadian hanya melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.37 petang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker