BN Sabah sokong cadangan PM tubuh Kerajaan Perpaduan di Sabah

KOTA KINABALU: Pertemuan empat mata semalam di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengerusi BN Sabah Datuk Bung Moktar Radin meredakan kemelut politik Sabah.

Hasil pertemuan itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong penuh cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan semua parti politik negeri ini.

Katanya, beliau yakin menerusi Kerajaan Perpaduan ini mampu meredakan kembali suhu politik dan seterusnya menstabilkan semula politik di Sabah ketika ini.



“Saya juga berharap agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima saranan daripada Perdana Menteri dengan hari terbuka demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar turut berkata, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah tidak dapat hadir dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, berikutan perlu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, beliau bersama bersama ADUN UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam sidang khas terbabit.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker