Gaduh ala Brazil, 10 lelaki ditahan gempar mercun dan bunga api

TANGKAP layar video tular yang memaparkan satu kejadian sekumpulan lelaki telah melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang.

SEREMBAN – Seramai 10 lelaki ditahan polis awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu telah melakukan gaduh gempar seperti ‘Malaysia versi Brazil’ menggunakan bunga api sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan pada pukul 4.40 pagi di sekitar Seremban.

“Seramai 10 lelaki yang ditahan itu kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk permohonan reman pagi ini dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Turut dirampas sejumlah besar bunga api dan mercun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Nanda berkata, berdasarkan siasatan kejadian tersebut berlaku pada tengah malam 2 Mei lalu di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang di sini dan kejadian berkenaan dikatakan sebagai ‘Malaysia versi Brazil’. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker