Rompak kedai pajak gadai, RM1 juta dilarikan



Rompak kedai pajak gadai, RM1 juta dilarikan

PASIR MAS – Pemilik kedai pajak di bandar ini, kerugian lebih RM1 juta apabila wang tunai dan pelbagai barang kemas dirompak sekumpulan tiga lelaki bertopeng, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, perompak terbabit juga turut melarikan sebuah kereta jenis Perodua Alza warna putih bernombor pendaftaran ST 6998 W.

Menurut laporan polis yang dibuat seorang pekerja kedai Pajak Aik Lee, ketika kejadian itu, dia bersama lima pekerja perempuan telah diikat dan dipaksa duduk bawah meja.

Katanya, dia dipaksa oleh perompak itu untuk membuka laci dalam peti besi dan mengisi wang tunai anggaran RM1 juta serta pelbagai barang kemas dalam beg.




“Lebih kurang jam 4.45 petang, datang tiga lelaki bangsa tidak pasti memakai topeng dan dua daripadanya bersenjatakan menyerupai pistol serta seorang lagi menggunakan pisau.

“Selepas itu, kami pekerja kedai seramai enam orang telah diikat dan dipaksa berada di bawah meja.

“Ketika itu juga saya dipaksa membuka laci dalam peti besi dan mengisi wang dalam beg beranggaran RM1 juta serta pelbagai barangan kemas,” katanya.

Sementara itu, polis Kelantan giat mengadakan sekatan jalan raya menerusi Ops Tutup di sekitar daerah ini bagi mengesan dan memburu tiga perompak terbabit.

Difahamkan dua daripada tiga perompak itu berbadan gempal dan seorang lagi kurus. MG




Rompak kedai pajak gadai, RM1 juta dilarikan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Leave a Reply

Your email address will not be published.