ECRL: PRU15 dah dekat, nak batal lagi ke?

ECRL: PRU15 dah dekat, nak batal lagi ke?

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membidas pihak-pihak tertentu yang menimbulkan keraguan tentang projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekali lagi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, isu ECRL timbul sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 apabila Pakatan Harapan mengumumkan mahu membatalkan projek berkenaan.

“Sekarang timbul lagi keraguan. PRU15 dah dekat. Nak batal lagi ke?,” soal beliau.

Isu itu timbul selepas Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menggesa kerajaan meneliti aspek kemampuan rakyat membayar tambang Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada penghujung 2026.

Azan mendakwa tambang ECRL dijangkakan mahal ekoran kos pembinaannya yang tinggi.

Dakwanya, walaupun rakyat negeri itu menyambut baik projek tersebut kerana mampu atasi kesesakan tetapi beliau mempersoalkan adakah rakyat mampu bayar tambang yang mencecah enam kali ganda tambang pesawat ke destinasi yang sama.

“Adakah negara mampu menanggung jumlah hutang baru yang bakal dibebankan kepada generasi akan datang?

“Walaupun kemampuan selesaikan kesesakan lalu lintas tetapi harus juga diteliti aspek kemampuan rakyat membayar tambang dan kemampuan kewangan negara untuk menampung beban kewangan,” katanya kepada sebuah portal baru-baru ini.

Mengulas dakwaan itu, Ahmad Shabery berkata, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan bukan mengharapkan pulangan segera kerana kerajaan tak berniaga dengan rakyat kerana cukai sudah dikutip.

Seperti hospital baharu yang besar di Kemaman yang diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dulu besar dan jauh lebih selesa.

Namun, soalnya, berapa kos yang rakyat kena bayar dengan projek tersebut.

”Begitu juga MRT, LRT dan landasan berkembar KTM. Airport (lapangan terbang) dan jeti nelayan. Semua kos berbilion tetapi tambang atau bayaran tak diambil untuk tampung kos pembangunan.

”Lagipun kalau tambang pesawat Air sia KL-KT murah, orang Kemaman tak semestinya naik AirAsia dari KT nak ke KL. Namanya airport KL, tapi di Sepang. Ada kos lain yg tersembunyi,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan menawarkan pelbagai pilihan perjalanan yang cepat dan selamat menjadikan negara itu lebih kompetitif.

Oleh itu, pelabur pun lebih berminat dan rakyat lebih senang.

Menurutnya, model pembangunan Jepun dan China dimulakan dengan konsep ini yang membangunkan rangkaian pengangkutan yang efisien terlebih dahulu. MG

ECRL: PRU15 dah dekat, nak batal lagi ke?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker