Penantian Selama Empat Tahun, Akhirnya Che Ta Sambut Raya Di Rumah Banglo

Penantian Selama Empat Tahun, Akhirnya Che Ta Sambut Raya Di Rumah Banglo

SETIAP kali tibanya Syawal, antara selebriti yang menjadi tumpuan pastinya Che Ta atau nama penuhnya, Rozita Che Wan. Lebih-lebih lagi bab busana Hari Raya.

Seringkali busana isteri kesayangan Zain Saidin meraih perhatian ramai, tak kurang juga mengundang kecaman.

Begitupun beberapa tahun kebelakangan ini, terutama selepas negara dilanda pandemik COVID-19, ibu kepada tiga cahaya mata itu lebih selesa tidak mendedahkan jumlah persalinan raya tahun ini.

“Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini. Tak cakap salah, cakap lagilah.

“Kalau nak kira juga, kenalah intai entri gambar di akaun Instagram (IG) saya musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.

“Malah baju raya sebelum ini pun, ada yang dibawa ke hadapan. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat,” katanya.

Kebiasaannya, pemenang ‘Most Inspirational Celebrity, Women Of Excellence Awards’ ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuknya dan keluarga lebih awal.

“Buat awal, tak kalut. Jadi bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami pun sudah disediakan. Pemilihan beraya dengan baju warna sedondon itu pun harus.

“Cuma selepas dua tahun beraya dengan norma baharu, saya tetap membataskan pelbagai aspek. Cukup beraya dengan keluarga dan adik-beradik lain.

“InsyaAllah tahun ini, semua adik-beradik sepakat beraya di Alor Setar, Kedah. Saya pun pulang awal ke kampung dari 1 hingga 8 Mei lalu kerana komitmen seni dan lain sudah dilunaskan awal,” katanya.

Che Ta juga teruja rumah banglo miliknya siap beberapa hari sebelum Ramadan berlabuh.

“Selepas empat tahun termasuk COVID-19, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.

“Cuma kerana sudah merancang awal balik beraya ke Kedah, jadi nak raya di rumah sendiri selepas itulah. Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit. Lepas beraya nanti mula ‘all out’ pindahkan barang,” katanya.-MW

Penantian Selama Empat Tahun, Akhirnya Che Ta Sambut Raya Di Rumah Banglo

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker