Maut di bilik hotel, dengan kesan tembakan di dahi

Maut di bilik hotel, dengan kesan tembakan di dahi

Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi, dalam kejadian di bilik hotel di Bukit Bintang petang tadi sejam selepas mendaftar masuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Habibi Majinji, berkata perkara itu disedari seorang pekerja hotel yang memasuki bilik tersebut. Polis dihubungi pada kira-kira 7 malam.



“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun berasal dari Johor mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 6 petang tadi. Polis telah menahan rakan sebilik mangsa bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama.

Habibi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan senjata api yang digunakan belum dijumpai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. FMT

Maut di bilik hotel, dengan kesan tembakan di dahi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker